SEREMBAN: Bedah siasat terhadap murid lelaki berusia 10 tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas lelaki sebuah sekolah rendah di Senawang, di sini semalam mendapati punca kematian adalah akibat tekanan pada leher. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa. “Setakat ini sebanyak 27 keterangan telah dirakam dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk mengenal pasti punca…