Keadaan macam perang sepanjang ribut 15 minit

Keadaan macam perang sepanjang ribut 15 minit

KEROSAKAN teruk yang berlaku di SK Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang, Kuala Langat selepas dibadai ribut petang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: “Keadaan sekolah seperti tengah perang. Saya nampak angin pusar dua kali keluar masuk dalam sekolah.”

Demikian pengalaman pe­ngawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, yang menceritakan kejadian ribut dan angin pusar di Kampung Medan di sini, kelmarin.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagi Ali, 50, berkata, semasa kejadian berlaku, dia sedang bertugas sendirian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berada di bilik penga­wal keselamatan di pintu masuk sekolah. Kira-kira pukul 4.05 petang, hujan turun lebat. Kurang lima minit kemudian, saya nampak angin pusar dari arah tanah perkuburan Islam yang berdekatan.

“Angin memang kuat, tak pernah saya tengok dan rasai angin sekuat itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Katanya, kemudian dia terus masuk ke dalam salah satu blok berhampiran untuk menyelamatkan diri namun terus melihat keadaan ribut turut membadai SK dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan.

“Bukan sekali angin pusar berpusing. Tetapi dua kali ­angin pusar mengelilingi kesemua sekolah ini. Saya nampak angin pusar membadai bumbung sekolah dan SK Kampung Medan,” katanya.

Menurutnya, angin pusar berlaku dalam 15 minit sebelum ia beransur-ansur hilang.

“Kerosakan di sekolah saya dan SK Kampung Medan. Kea­daan sangat teruk. Bumbung beberapa blok SK Kampung Medan juga rosak teruk,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini