PETALING JAYA: Kerajaan digesa melaksanakan kajian menyeluruh bagi mengawal pendaftaran syarikat penyedia perkhidmatan serta pemandu e-hailing dan p-hailing baharu bagi memastikan subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95) tidak disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Abdul Hakim Abdul Rani berkata, langkah itu penting supaya tiada pihak mengambil kesempatan mendaftar sebagai penggiat industri semata-mata untuk menuntut subsidi tanpa memenuhi syarat ditetapkan. Katanya, langkah tersebut juga dapat mengawal lambakan penghantar…