SHAH ALAM: Jemaah haji yang gagal berangkat ke Tanah Suci akibat masalah kesihatan kritikal masih berpeluang menunaikan ibadah itu pada musim akan datang sekiranya disahkan sihat dan kembali layak oleh petugas perubatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, berkata penilaian semula terhadap kesihatan jemaah yang sebelum ini tidak dibenarkan menunaikan haji dibuat berdasarkan konsep istita‘ah atau kemampuan, termasuk dari segi kesihatan diri. “Penolakan…










