STOCKHOLM: Aktivis alam sekitar, Greta Thunberg mendedahkan menerima layanan kasar ketika berada dalam tahanan Israel selepas diculik bersama ratusan aktivis lain dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza minggu lalu. The Guardian melaporkan, pegawai Kedutaan Sweden yang melawat Thunberg di penjara memberitahu aktivis berusia 22 tahun itu ditempatkan di dalam sel yang dipenuhi pepijat serta tidak diberikan makanan dan air yang mencukupi. “Beliau mengalami dehidrasi dan ruam pada kulit…