BANGI: Cadangan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam usaha menangani rasuah mengangkat pasukan pendebat Universiti Malaya (UM) sebagai juara dalam Pertandingan Debat Antirasuah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Piala Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2025, malam tadi. Pasukan UM yang berperanan sebagai pihak kerajaan menewaskan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di posisi pembangkang menerusi usul bertajuk ‘Demi menangani kes rasuah, dewan ini akan mengutamakan penggunaan teknologi AI’. Wakil pasukan…