GAZA: Hari ini genap dua tahun tentera rejim Israel melakukan genosid di Semenanjung Gaza, menyaksikan hampir 80,000 nyawa diragut dengan kadar kemusnahan di wilayah itu mencapai 90 peratus. Perang yang kini memasuki hari ke-732 menjejaskan lebih 2.4 juta rakyat Palestin melalui genosid, kebuluran dan pemindahan paksa. Tentera Israel didakwa menguasai lebih 80 peratus kawasan di seluruh Gaza melalui pencerobohan darat dan pemboman berterusan, termasuk 136 serangan udara terhadap kawasan Al‑Mawasi…