ISKANDAR PUTERI: Dua lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah bernilai RM165,000 berhampiran pesisir pantai Forest City di sini, kelmarin. Pemangku Pengarah Maritim Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, kedua-dua suspek berusia 40 dan 33 tahun itu ditahan pada pukul 4.30 pagi. “Pasukan operasi dipecahkan kepada tim laut dan tim darat telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan sebelum suspek bertindak cuba…