Dua individu terbabit edar bunga ganja ditahan

Dua individu terbabit edar bunga ganja ditahan

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua individu yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis bunga ganja ditahan dalam serbuan polis di Jalan Klang Lama di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, penahanan kedua-dua individu itu dilakukan hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hasil risikan terhadap aktiviti pengedaran dadah.

Katanya, siasatan mendapati sindiket terbabit menjadikan kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Klang Lama sebagai lokasi transaksi.

“Kami menahan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan masing-masing berusia 47 dan 56 tahun di kawasan parkir kondominium terbabit.

“Hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Proton Exora yang dinaiki suspek menemukan bahan disyaki bunga ganja seberat 18.5 kilogram, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM553,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Ogos lalu dan menjalankan kegiatan pengedaran di sekitar Lembah Klang.

“Ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif namun semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” jelasnya.
Katanya, polis turut menyita wang tunai berjumlah RM250 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Suspek direman selama enam hari bermula Ahad hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN