KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik semula Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.
Pelantikan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah selepas hanya satu pencalonan diterima bagi jawatan berkenaan.
Jawatan itu sebelum ini dikosongkan selepas Nur Jazlan menamatkan tempoh penggal pertamanya sebagai Ahli Dewan Negara bulan lalu.
Terdahulu, Nur Jazlan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Awang Bemee berkuat kuasa mulai 15 Jun lalu hingga 14 Jun 2029.
Pencalonan beliau sebagai Timbalan Yang Diertua Dewan Negara dicadangkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Pada sama sama, Mussodak Ahmad turut mengangkat sumpah bagi menyambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal kedua berkuat kuasa mulai 20 Mac lalu hingga 19 Mac 2029.
Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Yang Diertua Dewan Negara pada 19 Jun 2023 selepas memperoleh 43 undi dalam pemilihan bagi jawatan tersebut.
Beliau ketika itu menewaskan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris yang dicadangkan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai.
Awang Bemee dalam ucapannya ketika memulakan sidang Dewan Negara hari ini turut mengalu-alukan pemilihan itu. – UTUSAN










