Doktor didakwa aibkan, cabul pesakit wanita

Doktor didakwa aibkan, cabul pesakit wanita

GOON Hoong Tatt hadir di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang semalam bagi berdepan pendakwaan mengaibkan dan mencabul dua pesakit wanita warga asing pada Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang doktor lelaki yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mengaibkan dan mencabul dua pesakit wanita warga asing, Februari lalu.

Tertuduh, Goon Hoong Tatt, 43, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi dan Majistret Muhammad Amzar Ismail.

Tertuduh yang kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan di HPP didakwa dengan niat me­ngaibkan penghormatan seorang wanita dua wanita warga asing dengan mengarahkan mereka membuka pakaian, berdiri dan berlari dalam keadaan bogel serta berlari setempat tanpa pakaian.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada bulan Februari lalu, di Bilik Pemeriksaan Klinikal Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang. Pendakwaan dilaksanakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, tertuduh juga didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud mencabul kehormatan telah menyentuh dada salah seorang wanita warga asing. Pendakwaan dilaksanakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lau Shavin, manakala tertuduh diwakili peguam, N. Tishalini.

Hakim Nur Fadrina membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,500 manakala Muhammad Amzar menetapkan wang jaminan RM7,000. Kesemua kes akan disebut semula pada 27 November depan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×