KANGAR: Srikandi Keadilan menyambut baik pengumuman cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada sekolah seluruh negara bersempena sambutan Deepavali. Ketua Srikandi Keadilan Perlis, Lagini Pala berkata, langkah tersebut mencerminkan keprihatinan KPM terhadap kesejahteraan warga pendidik dan pelajar yang telah berusaha gigih sepanjang tahun. Katanya, inisiatif tersebut juga memberi ruang kepada semua untuk meraikan perayaan bersama keluarga serta mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan keharmonian komuniti setempat. “Srikandi Keadilan melihat pengumuman ini…