SHAH ALAM: Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim menjadi mangsa terbaharu ugutan kandungan pornografi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan itu, pejabatnya semalam menerima satu surat menerusi pos yang mengandungi tangkap layar palsu mendakwa mempunyai akses video berkaitan diri beliau. Jelas Suee Lim, mesej itu menggesa beliau supaya segera menghubungi melalui e-mel jika tidak mahu keluarga dan reputasi kerja diganggu.…