TELUK INTAN: Kira-kira 20 buah rumah di Kampung Lorong Kalat, Batak Rabit di sini diancam hakisan teruk akibat runtuhan tebing Sungai Perak yang dipercayai berpunca daripada fenomena air pasang besar. Ketua Kampung Batak Rabit, Shuhaila Ahmad Jamlos, 48, berkata, beberapa rumah setinggan yang terletak berhampiran tebing sungai telah mengalami keretakan struktur manakala ada bahagian rumah seperti dapur juga runtuh ke dalam sungai. “Kita bimbang keadaan ini menjadi semakin buruk memandangkan…