KYIV: Presiden Volodymyr Zelensky, mendakwa hampir 60 peratus senjata yang digunakan tentera Ukraine dihasilkan di dalam negara, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkannya dua bulan lalu. “Sepanjang perang ini, Ukraine mencapai tahap di mana hampir 60 peratus senjata yang berada di tangan tentera adalah buatan tempatan,” katanya dalam ucapan video, kelmarin. Zelensky menegaskan senjata berkenaan mempunyai keupayaan tinggi dengan pelbagai ciri moden, seiring usaha kerajaan meningkatkan kapasiti industri pertahanan negara.…