BANGI: Seramai 3,800 mahasiswa baharu dijangka mendaftar masuk di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi akademik 2025/2026 pada 27 September ini. Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Sufian Jusoh berkata, jumlah itu adalah daripada 4,227 pelajar yang menerima tawaran melalui sistem UPUOnline dan hampir separuh bakal mendaftar nanti adalah B40. “Bagi mereka yang menolak tawaran, kemungkinan disebabkan menerima tawaran universiti lain, kursus lain atau melanjutkan pengajian ke luar negara,” katanya pada…