BANGI: Pasangan kembar, Mirrah Damia Mohd. Ali dan Mirrah Fahima Mohd. Ali dan anak Orang Asli, Arika Maira Nordin antara 4.078 mahasiswa baharu yang mendaftar masuk di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam. Mirrah Damia dan Mirrah Fahima berasal dari Bachok, Kelantan itu masing-masing mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) selepas menamatkan pengajian diploma dalam bidang sama di Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu.…