PETALING JAYA: Sindiket penipuan atau scammer mengaut keuntungan sebanyak RM3.1 bilion bagi tempoh 19 bulan sepanjang tahun 2024 hingga Julai lalu. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 67,317 kes penipuan berlaku dengan purata kira-kira 118 kes dilaporkan berlaku setiap hari di negara ini akibat ditipu ‘scammer’. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sebanyak 35,368 kes dengan kerugian RM1.57 bilion dicatatkan pada 2024, manakala 31,949 kes…