KLANG: Selangor akan menghantar sepasukan pakar ke China tahun depan bagi mempelajari pembinaan dan pengoperasian stesen jana kuasa berasaskan nuklear sebagai sebahagian daripada pelan bekalan tenaga mesra alam atau boleh diperbaharui negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagi pelaksanaan tersebut beliau mahu ia dimulakan dengan sumber manusia iaitu menghantar pakar sebagai pelawat di Tsinghua University dengan sebahagian pembiayaan ditaja oleh kerajaan negeri. “Ketika ini ada enam pelajar…