KUALA SELANGOR: Tiga individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menjalankan urus niaga 1.24 juta liter minyak diesel bersubsidi secara haram pada tahun lalu. Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd. Hanizam Kechek berkata, ketiga-tiga individu tempatan berusia bawah 50 tahun itu membuat pengakuan demikian selepas pertuduhan dibacakan. Menurutnya, ketiga-tiga mereka sebelum ini dikenal pasti bersama seorang…