PETALING JAYA: Pendapatan nelayan di negara ini semakin merosot berikutan hasil tangkapan ikan di beberapa negeri mencatat penurunan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Trend penurunan tersebut direkodkan di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang dengan kehilangan hasil berbilion ringgit dipercayai berpunca daripada pencerobohan bot asing, kos operasi yang meningkat dan faktor cuaca. Ia bukan sahaja menjejaskan pendapatan para nelayan pantai dan laut dalam yang kebanyakannya adalah orang Melayu, tetapi juga…