KUALA SELANGOR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mendakwa wujud peminjam culas melunaskan bayaran balik pinjaman Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara biarpun dikenakan kadar rendah. Pengerusinya, Prof. Datuk Mohd. Azmi Mohd. Lila berkata, bagaimanapun pihaknya sentiasa memberi ruang kepada peminjam melangsaikan hutang dan belum ada yang dikenakan tindakan berat. “Semua perlu faham SPNB perlu memikul manah dan peminjam diharap patuh dengan jadual pembayaran semula. “Isu culas memang ada namun…