HULU LANGAT: Pelesenan dan pengawalseliaan kenderaan rekreasi (RV) secara komersial sebagai Kenderaan Sewa dan Pandu Pelancongan (KSPP) bagi Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP) di Sabah, Sarawak serta Labuan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dasar baharu itu akan melibatkan kenderaan baharu sama ada dipasang dalam negara (CKD) atau diimport sepenuhnya (CBU) bagi membolehkan ia didaftarkan sebagai kenderaan komersial untuk tujuan sewa pandu sendiri. Menurutnya,…