PASIR PUTEH: Timbunan sampah-sarap yang melimpah keluar dari tong dan tidak dikutip lebih seminggu berhampiran bawah Jambatan Tok Bali, di sini, mengundang rasa tidak selesa kepada pelancong serta penduduk tempatan di kawasan tersebut. Rata-rata orang ramai yang ditemui Utusan Malaysia mengakui keadaan itu menjejaskan imej Tok Bali sebagai kawasan pelancongan dan Bandar Pelabuhan Maritim. Seorang penduduk, Ismail Muhammad, 40, berkata, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) perlu mengambil tindakan dengan menguruskan…