Kes amoeba pemakan otak meningkat di India

Kes amoeba pemakan otak meningkat di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pihak berkuasa India mengeluarkan amaran kesihatan di negeri Kerala selepas jangkitan dan kematian akibat amoeba air jarang ditemui yang digelar ‘pemakan otak’, Naegleria fowleri, meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Setakat tahun ini, 72 kes jangkitan dan 19 kematian dilaporkan, termasuk sembilan kematian dan 24 kes pada bulan September, berbanding 36 kes dengan sembilan kematian pada tahun lalu.

“Amoeba ini boleh menjangkiti otak dan merosakkan tisu otak. Walaupun kes sangat jarang berlaku, ia hampir selalu membawa maut,” menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).

Memuatkan artikel berkaitan…

Anggota pasukan khas kerajaan di Kerala, Dr Altaf Ali berkata, pihak berkuasa sedang menjalankan ujian berskala besar di seluruh negeri bagi mengesan serta merawat kes.

Amoeba itu hidup di tasik dan sungai yang panas dan menjangkiti manusia melalui air tercemar yang masuk ke dalam hidung, namun tidak berjangkit dari manusia ke manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, gejala jangkitan amoeba pemakan otak termasuk sakit kepala, deman, muntah serta boleh menyebabkan sawan, halusinasi dan koma.

“Ia membimbangkan kerana kes terbaharu ini muncul di seluruh negeri, tidak lagi terhad kepada kawasan tertentu seperti sebelum ini,” katanya Altaf.

Sejak 1962, hampir 500 kes dilaporkan di seluruh dunia, kebanyakannya di AS, India, Pakistan dan Australia.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×