MERSING: Perpaduan negara ini terjamin jika hak majoriti Melayu dan Islam dipertahankan tanpa menafikan hak kaum lain yang juga warga Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan asas perpaduan negara yang dipegang selama ini. “Kalau kita mahu perpaduan, negara ini majoriti Melayu, Islam, mesti pertahankan hak mereka. Tetapi negara ini juga mesti jamin hak semua warganegara, Cina, India, Orang Asli, Dayak, Kadazan,” katanya dalam program Sesi…