SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan, kepentingan serta kelangsungan orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur perlu terus dipelihara pada masa kini dan jangka panjang. Baginda bertitah, Kampung Baru bukan sekadar penempatan biasa, sebaliknya simbol maruah dan kelangsungan orang Melayu di ibu kota yang wajar dipertahankan daripada sebarang pembangunan yang mengabaikan kepentingan masyarakat Melayu. “Sesungguhnya Kampung Baru adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak 1900. Sebarang keputusan pembangunan…










