Jakarta 'tenang' selepas lebih seminggu protes ganas

Jakarta ‘tenang’ selepas lebih seminggu protes ganas

PENUNJUK perasaan bertempur semasa protes dengan pihak berkuasa di hadapan ibu pejabat Polis Wilayah Metropolitan Jakarta di Jakarta.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jalan-jalan di ibu negara Indonesia dilaporkan sunyi pada awal Jumaat, selepas lebih seminggu protes yang kadangkala bertukar ganas, ketika negara majoriti Islam itu meraikan cuti sambutan Maulidur Rasul.

Protes yang diketuai pelajar, pekerja dan kumpulan hak asasi manusia tercetus minggu lalu bagi membantah elaun perumahan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

Kekacauan kemudian merebak ke seluruh Indonesia selepas sebuah kenderaan polis merempuh dan membunuh seorang penunggang e-hailing ketika perhimpunan berlangsung.

Semalam, kumpulan pelajar bertemu dengan menteri Kabinet bagi mendesak aduan mereka berhubung faedah dinikmati ahli Parlimen serta taktik polis terhadap penunjuk perasaan.

Wakil pelajar juga bertemu dengan beberapa ahli Parlimen awal minggu itu, namun setakat ini belum berjaya mendapatkan pertemuan dengan Presiden Prabowo Subianto.

Kumpulan hak asasi pula memaklumkan 10 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan serta insiden kekacauan lain.

Pihak berkuasa menahan lebih 3,000 orang dalam tindakan keras di seluruh negara terhadap protes berkenaan, menurut kumpulan hak asasi berpangkalan di New York, Human Rights Watch.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN