Jadikan semangat kemerdekaan untuk bersatu hati bela pihak ditindas - Utusan Malaysia

Jadikan semangat kemerdekaan untuk bersatu hati bela pihak ditindas

AHMAD ADIB AKHYAR AMINARRASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seluruh rakyat khususnya anak muda perlu menjadikan sangat kemerdekaan sebagai dorongan untuk terus bersatu hati dalam membela mana-mana pihak yang ditindas.

Justeru, Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Adib Akhyar Aminarrashid menyeru agar seluruh rakyat meneruskan solidariti terhadap Palestin yang ditindas dan ia adalah tanggungjawab moral dan amanah umat sejagat.

Katanya, merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman penjajah, tetapi bebas menegakkan keadilan untuk semua.

“Ketika kita sedang menyambut sambutan kemerdekaan dengan penuh meriah dan kesyukuran, saudara-saudara kita di Gaza terus diuji dengan sekatan, serangan dan penindasan tanpa henti sehingga hari ini.

“Inisiatif Global Sumud Flotilla Palestin merupakan simbol kebangkitan solidariti dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ia memberi mesej jelas bahawa perjuangan menuntut kebebasan dan keadilan tidak mengenal sempadan,” katanya.

Ahmad Adib berkata, sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang berlangsung meriah di seluruh negara mengingatkan semua rakyat mengenai erti sebenar kemerdekaan.

Katanya, ia adalah hasil perjuangan, pengorbanan dan kesatuan generasi terdahulu yang menolak sebarang penjajahan.

“Namun dalam masa yang sama, kita ingin menegaskan bahawa kemerdekaan yang dikecapi hari ini perlu membuka mata kita terhadap penderitaan umat yang masih dijajah, khususnya rakyat Palestin,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN