GAZA: Semenanjung Gaza menjadi medan penderitaan tanpa penghujung buat rakyat Palestin, apabila lebih sejuta orang termasuk 350,000 kanak-kanak, tiada lagi tempat selamat untuk berlindung. Wilayah yang asalnya berkeluasan 365 kilometer persegi, kini hanya tinggal 15 peratus atau 54 kilometer persegi untuk diduduki oleh lebih sejuta orang. Keluasan itu hanya lebih sedikit daripada Putrajaya, yang mempunyai penduduk lebih 120,000 orang. Jumlah itu bukan sahaja tidak mampu menampung kepadatan penduduk, malah menyukarkan…