Israel bedil lebih 500 lokasi di Gaza minggu ini

Israel bedil lebih 500 lokasi di Gaza minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Serangan Israel pada Jumaat di seluruh Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin, dengan sebahagian besar korban di Gaza City.

Ramai penduduk masih enggan berpindah walaupun diarahkan berbuat demikian, kerana tiada tempat selamat untuk berlindung.

Israel berhasrat untuk merampas sepenuhnya kawalan ke atas bandar itu, di mana kira-kira sejuta rakyat berlindung, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memusnahkan pejuang Hamas, dan serangan semakin diperhebatkan.

“Letupan tidak pernah berhenti sejak semalam,” kata seorang penduduk, Adel, 60, yang tinggal di kem pelarian Beach di Gaza City.

Tentera Israel mendakwa melaksanakan lima siri serangan udara ke atas Gaza City minggu ini, menyasarkan lebih 500 lokasi, termasuk tapak perisikan dan penembak tepat, bangunan yang mengandungi terowong serta depot senjata.

Dalam satu kenyataan, tentera menegaskan ia akan terus memperhebatkan serangan, berdasarkan maklumat perisikan, dengan tujuan memusnahkan infrastruktur Hamas.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin berkata, beberapa serangan maut mengenai sasaran di selatan wilayah, di mana sebahagian mereka yang berpindah daripada Gaza City menuju ke kawasan tersebut.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan banyak kerajaan asing, termasuk negara yang tradisinya berpihak kepada Israel, mengecam arahan pemindahan penduduk Gaza City, menyeru gencatan senjata dan mengutuk keras keadaan di zon kemanusiaan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN