Bekerja, pengaruh rakan punca murid, pelajar tercicir pelajaran-KPM - Utusan Malaysia

Bekerja, pengaruh rakan punca murid, pelajar tercicir pelajaran-KPM

MOHD. Azam Ahmad semasa bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Penutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Kali Ke-63 di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui sudah bekerja dan pengaruh rakan menjadi salah satu punca murid serta pelajar tercicir dalam pelajaranya.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, masalah kesihatan dan kemiskinan turut menjadi penyumbang kepada perkara tersebut.

Menurutnya, KPM sentiasa membuat penilaian atau analisis dari masa ke semasa mengenai keciciran pembelajaran dalam kalangan murid atau pelajar.

“Tidak kira apa pun nombor (statistik), KPM akan terus memberi perhatian terhadap murid atau pelajar yang tercicir. 

“Mereka perlu berada di sekolah bukan hanya untuk aspek akademik, sebaliknya sekolah merupakan pusat untuk membina kesejahteraan diri, mental dan emosi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Kali Ke-63 di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohd. Azam memberitahu, secara dasarnya, keciciran pembelajaran di Kelantan tidak kronik dan kritikal. 

Katanya, pelbagai saha atau langkah intervensi yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua dan guru besar untuk mengurangkan masalah itu.

“Kita tidak menafikan bahawa kemiskinan merupakan salah satu faktor keciciran pembelajaran, tetapi terdapat 16 jenis bantuan khusus dan umum untuk anak-anak di sekolah.

“Jadi, jika mereka hadir ke sekolah, bantuan itu boleh dimohon melalui pertimbangan daripada pengetua dan guru besar untuk mereka,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN