SHAH ALAM: Ilmuwan Islam, Prof.Adjung Dr. Othman Hamzah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Tahun 1447 Hijrah Selangor, hari ini. Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan hadir menyampaikan sijil penghargaan, trofi dan hadiah tunai sebanyak RM20,000 selepas menyempurnakan sambutan majlis tersebut. Othman, 60, yang juga bekas Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkata, anugerah disifatkan sebagai manifestasi terhadap usaha-usaha beliau menaikkan martabat pendidikan…