PUTRAJAYA: Kerajaan menunaikan janji apabila kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu sah, akan menikmati petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter bermula 30 September ini. Ketika ini, rakyat Malaysia menikmati subsidi petrol RON95 pada kadar RM2.05 seliter. Pemberian subsidi di bawah inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) itu layak kepada individu tanpa mengira tahap pendapatan dan kedudukan. Kemudahan subsidi itu kan mula digunakan oleh kira-kira 300,000 anggota polis dan…