CHONGQING: Sebuah kenderaan autonomi yang dikendalikan oleh perkhidmatan teksi robot Apollo Go milik Baidu, terjatuh ke dalam lubang pembinaan ketika sedang membawa seorang penumpang di barat daya China. Menurut laporan Southern Metropolis Daily dan Huashang Newspaper, kejadian yang berlaku pada Khamis lalu tidak menyebabkan penumpang wanita berkenaan mengalami kecederaan. Mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk tempatan menggunakan tangga. Video yang tular di media sosial China memaparkan sebuah kenderaan berwarna putih dengan…