PETALING JAYA: Kehadiran pelbagai parti baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dijangka tidak memberi impak besar malah ia hanya menyebabkan pertembungan lebih lima penjuru hampir di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Naib Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan berkata, situasi politik ketika ini menunjukkan sukar untuk dielakkan pertandingan tiga penjuru, malah sebahagian besar kawasan berkemungkinan menyaksikan lebih daripada lima penjuru. “Adalah sukar untuk…










