SHAH ALAM: Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) sedang membangunkan Large Language Model (LLM) dalam menghasilkan chatbot sendiri bagi kegunaan pembelajaran kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar dan pensyarah institusi itu. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pembinaan AI itu sedang diusahakan dan ketika ini ada beberapa kampus politeknik yang menerapkan pembelajaran LLM. “Kita mahu mengiktiraf penglibatan pensyarah dan pelajar dalam teknologi baharu terutama AI dan juga LLM.…