Polis siasat berita tidak insiden wanita naik pentas utama hari kebangsaan di Ipoh - Utusan Malaysia

Polis siasat berita tidak insiden wanita naik pentas utama hari kebangsaan di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan berikutan penularan berita tidak benar di media sosial berkaitan tangkapan wanita yang menaiki pentas utama ketika acara sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, polis kontinjen Perak mengesan penularan berita melalui Facebook berkaitan bangsa wanita terbabit.

“Pihak polis menyangkal berita tersebut sebaliknya tangkapan telah dibuat ke atas wanita tempatan berusia 41 tahun dan ujian saringan air kencing didapati negatif.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam, jika disabitkan penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, jika disabitkan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak dengan sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan yang tidak benar.

“Malah dengan sengaja menimbulkan kegentaran awam serta mengganggu keharmonian masyarakat di Malaysia,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN