KUALA NERUS: Lebih 100 peserta termasuk pelajar antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan menerusi ekspedisi lasak Kayak In Terengganu Amazon 2.0 sejauh 50 kilometer (km) dari Hulu Terengganu ke Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA, Dr. Akila Mamat berkata, penyertaan mahasiswa antarabangsa dari Nigeria, Pakistan dan Indonesia dalam program itu turut mencerminkan semangat patriotisme yang merentasi sempadan bangsa serta budaya. “Program ini…