Netanyahu tangguh langkah ketenteraan ekoran konflik dalaman Israel

Netanyahu tangguh langkah ketenteraan ekoran konflik dalaman Israel

TENTERA Israel mengawal kedudukan berhampiran sempadan dengan Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menangguhkan keputusan berhubung langkah ketenteraan selanjutnya di Gaza sekiranya Hamas tidak bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata,

Sumber memberitahu CNN pada Jumaat mendakwa, keputusan yang sepatutnya dibuat minggu ini, ditunda ke minggu hadapan.

Penangguhan berlaku di tengah perbezaan pendapat dalam kerajaan Israel mengenai tindakan terbaik yang perlu diambil terhadap wilayah dikuasai pejuang Hamas itu.

Ia antara lain turut mempertimbangkan pengepungan bandar Gaza dan kawasan berpenduduk, atau dalam situasi drastik menawan sepenuhnya bandar tersebut.

Sumber juga mendakwa, menteri dalam Kabinet Netanyahu, kini berpecah dalam menyokong pelan berbeza.

Khamis lalu, seorang pegawai kanan Israel mendakwa negara haram itu dan Amerika Syarikat (AS) sedang membentuk pemahaman baharu mengenai situasi di Gaza, selepas Hamas dilaporkan menarik diri daripada rundingan gencatan senjata serta pertukaran tebusan.

“Pada masa sama, Israel dan AS akan meningkatkan bantuan kemanusiaan sambil meneruskan operasi ketenteraan di Gaza,” dakwa pegawai tersebut.

Perubahan berlaku susulan tindakan Hamas yang tidak lagi terlibat secara aktif dalam rundingan, menurut dua sumber rapat dengan perkara tersebut.

Tindakan Hamas untuk menarik diri dilihat sebagai tindak balas terhadap pengunduran delegasi AS dan Israel daripada rundingan yang berlangsung di Doha, Qatar.

Ketika itu, utusan khas AS, Steve Witkoff, menuduh Hamas berunding dengan niat yang tidak jujur.

Namun, seorang pegawai kanan Israel memaklumkan kepada CNN, mereka masih bersedia kembali ke meja rundingan di Doha sekiranya Hamas mengubah pendirian.

Dalam kenyataan pada Khamis, Hamas menegaskan komitmen mereka untuk meneruskan rundingan ke arah gencatan senjata kekal dan pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza, namun menegaskan keperluan memperbaiki terlebihi dahulu keadaan di wilayah itu. -CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN