TANJUNG MALIM: Naskhah al-Quran tulisan tangan Allahyarham Nurly Shahirah Azman yang dipamerkan untuk tatapan umum di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini menarik perhatian ramai. Naskhah tulisan pelajar UPSI yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) pada 9 Jun lalu itu dipamerkan di Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun di UPSI bermula semalam hingga 2 September ini. Pelajar UPSI yang melihat pameran tersebut kagum dengan kesungguhan…