MYPISE25, ECEE25, MEFE25 pusat setempat pendidikan awal kanak-kanak, kelas pengayaan, sekolah swasta, antarabangsa

MYPISE25, ECEE25, MEFE25 pusat setempat pendidikan awal kanak-kanak, kelas pengayaan, sekolah swasta, antarabangsa

ECEE25
KANAK-KANAK menyertai pertandingan mewarna, antara aktiviti yang terdapat pada ekspo pendidikan MYPISE25, ECEE25 dan MEFE25 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) selama dua hari sehingga esok, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 80 pelbagai jenis pusat seperti taman didikan kanak-kanak (tadika), playschool, montesori, prasekolah, sekolah premier serta menengah swasta dan antarabangsa dalam Ekspo Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2025 (ECEE25) bermula hari ini hingga esok.

Ekspo yang dianjurkan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) dekat Seksyen 15, di sini mengajak ibu bapa yang merancang pendidikan untuk anak mereka untuk hadir bagi mendapatkan penerangan dan nasihat berkenaan pendidikan swasta yang ditawarkan dari pendidikan awal sehingga sekolah menengah.

Antara bentuk pendidikan yang ditawarkan termasuklah playschool, montesori atau muzik daripada sekolah-sekolah terkenal seperti Beaconhouse, Edupod, Sri KDU, Seven Skies, Real Schools dan sebagainya.

Pengarah Jualan JeDerns Events Management, Michelle Ha, berkata, selain pameran pendidikan, ECEE yang dianjur bersama Ekspo Sekolah Swasta dan Antarabangsa 2025 (MYPISE25) serta Ekspo Francais Pendidikan Malaysia 2025 (MEFE25) turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan mewarna serta persembahan murid-murid dari sekolah terlibat.

ECEE25

Menurutnya, ekspo itu berlangsung selama dua hari bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang memberi fokus kepada penyelesaian pendidikan awal kanak-kanak.

“Paling penting MYPISE25, ECEE25 dan MEFE25 menjadi pusat setempat (one stop center) kepada ibu bapa untuk datang untuk meneroka, melihat dan mendengar sendiri tawaran pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka. Jika bersesuaian, mereka boleh daftar terus.

“Selain pendidikan awal, ibu bapa juga boleh mendapatkan penerangan dan maklumat berkenaan pendidikan premier dan menengah. Malah, kita turut menyediakan reruai untuk pameran bukan sekolah yang boleh membantu perkembangan pendidikan anak-anak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, selain maklumat pendidikan, ibu bapa juga boleh mendapatkan nasihat kewangan bagi pembayaran yuran termasuk biasiswa bagi sekolah-sekolah yang menawarkannya.

ECEE25

Kata Michelle, MYPISE25, ECEE25 dan MEFE25 juga menawarkan peluang francais pusat pendidikan kepada usahawan-usahawan yang berminat membuka cawangan dan mengembangkan kaedah pembelajaran daripada sekolah-sekolah terkenal.

ECEE25

“Seperti kita dapat lihat banyak sekolah-sekolah terkenal seperti Bir Ali, Little Caliphs dan sebagainya mereka membuka peluang untuk francais pusat pendidikan khusus kepada usahawan atau pemilik perniagaan yang berminat.

“Mereka boleh datang dan bercakap dengan pemilik-pemilik sekolah atau pengurusannya untuk mengenalpasti peluang, kelebihan dan faedah yang ditawarkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN