PETALING JAYA: Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan maklumat yang dirujuk beliau berhubung satu skandal yang sedang diteliti adalah tidak melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Sebaliknya, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ia adalah berkaitan bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Farhash Wafa Salvador serta urus niaga syarikat-syarikatnya. Katanya, terdapat pihak yang cuba mengaitkan kenyataannya dengan nama…