MUMBAI: Larangan mahkamah terhadap pemberian makanan kepada burung merpati di tempat awam di Mumbai, mencetuskan pertikaian hangat antara pihak berkuasa tempatan, aktivis kesihatan awam dan pencinta burung. Sepanjang bulan ini, ratusan penduduk dilaporkan bertempur dengan polis ketika membantah penutupan tempat makan merpati yang berusia beberap dekad, dikenali sebagai kabutarkhana. Sebahagian mereka merobek penutup terpal di lokasi itu serta mengugut mengadakan mogok lapar tanpa had, manakala kira-kira 15 orang ditahan dalam…