KRW FC lantik bekas Ketua Polis Kelantan sebagai Presiden - Utusan Malaysia

KRW FC lantik bekas Ketua Polis Kelantan sebagai Presiden

MUHAMMAD ZAKI HARUN-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warrior (KRW FC) melantik bekas Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun sebagai Presiden berkuatkuasa serta-merta.

Pelantikan itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRW FC Wan Mohd. Fajarulekram Wan Mokhtar dalam satu sidang media di sini hari ini.

Wan Mohd. Fajarulekram berkata, faktor integriti menjadi asas utama yang membawa pelantikan Muhammad Zaki untu menggalas tanggungjawab tersebut.

Menurutnya, beliau percaya pengalaman yang dimiliki oleh Ketua Polis Kelantan itu mampu membawa perubahan kepada pentadbiran pasukan.

“Presiden berperanan sebagai ketua yang mampu memantau pelbagai aspek pentadbiran selain memastikan perjalanan organisasi berjalan lancar mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Melalui jawatan ini, beliau bukan sahaja berpeluang untuk memimpin, malah boleh belajar daripada pengalaman serta memperbaiki kelemahan demi meningkatkan lagi mutu kepimpinan,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Pengerusi Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) Nik Hafiz Naim Nik Hassan dengan rasminya melepaskan semua pemilikan dan jawatan Presiden KRW berkuat kuasa serta merta.

Nik Hafiz Naim turut mengakui keputusan drastik yang diambilnya itu turut terkait dengan isu sekatan daripada FIFA yang dibangkitkan oleh FAM baru-baru ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN