KUALA SELANGOR: Semua pihak khususnya anggota Dewan Rakyat digesa mengamalkan sebutan yang betul agama Islam sebagai ‘agama persekutuan’ kerana didakwa lebih tepat konteksnya dalam Perlembagaan Persekutuan. Peguam kanan dan pakar perlembagaan, Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata, Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama persekutuan. “Itu saya kena betulkan, ramai termasuk pemimpin politik selalu salah. ‘Agama rasmi’ adalah agama Islam, mana ada? Islam bukan agama rasmi Malaysia. Islam agama persekutuan, maksudnya roh…