PETALING JAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih dalam proses penilaian secara menyeluruh sebelum membuat keputusan sama ada meneruskan pembelian jet pejuang F/A-18 C/D Hornet milik Kuwait atau sebaliknya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, tiada keputusan muktamad dibuat pada masa ini. Pengakuan Muhammad Norazlan itu sekali gus menepis dakwaan kononnya perolehan tersebut dibatalkan. Katanya, TUDM akan menghantar pasukan penilai yang terdiri…