KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada seorang ejen pinjaman wang tanpa lesen atau along selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyimbah cat ke rumah dan kereta peminjam wang di Pasir Tumboh dekat sini pada bulan lalu. Tertuduh, Mohamad Zulkarnain Zulkipli, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat terhadap…