Eda Ezrin, Nur Aida tiba di Kelantan terus ke Balai Polis Rantau Panjang

Eda Ezrin, Nur Aida tiba di Kelantan terus ke Balai Polis Rantau Panjang

VAN yang membawa Eda Ezrin dan Nur Aida Mamat bergerak keluar dari Kompleks Imigresen Sungai Golok, Thailand sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Penyanyi Bea Sobar Bea Eda Ezrin dan rakanya Nur Aida Mamat terus dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang sebaik sahaja tiba di negeri ini.

Terdahulu kedua-dua mereka dibawa menaiki van Jabatan Imigresen Thailand ke Kompleks Imigresen Sungai Golok seterusnya ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Sejurus tiba di ICQS Rantau Panjang
Eda Ezrin dan Nur Aida terus dibawa menaiki kenderaan polis ke Balai Polis Rantau Panjang untuk diambil keterangan.

Kedua-dua mereka tiba di Balai Polis Rantau Panjang pada pukul 7.50 malam.

Utusan Malaysia sebelum itu melaporkan, hanya Eda Ezrin dan rakanya Nur Aida yang dibenarkan pulang ke Malaysia hari ini selepas dibebaskan sepenuhnya dari Penjara Wilayah Narathiwat di sini semalam.

Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan rakannya itu dibenarkan pulang selepas melengkapkan proses dokumentasi.

Jurucakap Pejabat Imigresen Sungai Golok berkata, empat lagi rakyat Malaysia, suami kepada Eda Ezrin, Mohd. Affendi Ahmad, 35, suami Nur Aida iaitu Mohamad Alif Deraman, Eridieka Mohd. Noor, 33 dan Zuhaira Nasrin, 26, masih ditempatkan di pejabat tersebut.

Menurutnya, empat rakyat Malaysia itu masih belum melengkapkan beberapa dokumentasi di pejabat imigresen sebelum dibenarkan pulang ke Kelantan.

Semalam Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan Eda Ezrin, suami bersama empat rakan
dibebaskan sepenuhnya selepas ditahan selama sembilan bulan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam semalam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan memanggil Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan mereka untuk memberi kete­rangan selain diambil sampel air kencing untuk saringan sebaik sahaja mereka dibenarkan pulang ke Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN