SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhasrat untuk menggunakan khidmat pesara tentera dan polis sebagai warden di sekolah-sekolah bawah pentadbirannya seperti yang dilakukan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara). Pengerusinya, Datuk Salehuddin Saidin berkata, cadangan itu dinyatakan menerusi mesyuarat antara Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menangani masalah buli di sekolah. “Antara perkara kita akan cuba bincangkan kemungkinan untuk mengambil pegawai-pegawai keselamatan atau warden…